Baki bawa ke depan.......................................................................................RM14,421,600.00
ada yang bagitau kat aku lepas baca yang ver. 1.0 punya..."mana ade rumah nilai 250k dah skrg?" yeke xde....byk lg aku tgk rumah yang bernilai 150k dijual...tgk tempat lah...kalu area KL...agak susah la kn...ape2 pon, ttg rumah memang aku tipikal sikit...
selain itu, nilai yang aku letak adalah secara kasar (plus-minus)...jadi aku ambik lebih skit...kalu kurg...apeadehal...15juta boh dalam akaun!!!!
mmg x realistik lah 15juta...tapi mana kita tau..rezeki ni antara rahsia Allah kepada hambaNya dan memang tertulis...entry ni hanya untuk kita berangan dan bermain dengan fantasi...bukan untuk tujuan lagho...ia juga adalah sinis untuk kepada kita yang selalu menyebut perkataan 'kalau'...hhuhu...perancangan kita dah baik...tapi kita harus tahu perancangan Allah yang Maha Baik untuk hambaNya...
5. Perniagaan
-untuk memastikan duit ini terus bercambah dan bercambah...aku minat jugak nak berniaga...memang rasulullah SAW sangat menyarankan agar ummatnya berniaga kerana 9 dari 10 sumber rezeki adalah berniaga...ia juga melatih kita untuk berlaku jujur, sebaliknya juga ia adalah antara perkara yang menjerumuskan kita ke jalan yang salah apabila kita tak ikut landasan dan panduan yang sebenarnya...
5.1. Cyber cafe
-baik,berbalik kepada perniagaan...aku sangat mengidamkan sebuah perniagaan peruasahaan Cyber Cafe...dulu, ada jugak kira2 nak buat...dah riki2 tempat untuk ambik komputer...kedai untuk run business aku...aku pon ada lah sikit2 pengetahuan tentang itu...jadi kita buat kira2 sikit lah ye...
RM10,000 (RM1k untuk setiap komputer X 10 unit) + RM5,000 (perabot dan dekorasi kedai) + RM2,500 (khidmat permainan PS2 + LED tv) + RM2,000 (deposit kedai dan api-air) + RM1,000 (sewa daftar kedai dengan Majlis dan cukai hiburan) = RM20,500
RM14,421,600.00 - RM20,500 = RM14,401,100.00
5.2. Sewa Rumah
-nilai hartanah dan perumahan makin meningkat...jadi idea untuk menyewakan rumah persendirian sangat popular untuk menjana pendapatan...beli rumah semi-D...sewakan kepada sesiapa yang mahu....sekurang2nya...mesti akan ada student...org bujang...mat indon...dan keluarga yang nak menyewa...bulan2 bagi la sewa sekitar RM300 - RM450..tgk keadaan tempt dan rumah...harga rumah dalam RM120,000.00 + RM5,000 (sedikit modifikasi ringkas) = RM125,000
RM14,401,100.00 - RM125,000.00 = RM14,276,100.00
5.3. printing baju
-minat jugak perniagaan ni...tapi macam leceh dan penat je main dgn baju ni...hemmmm....takpe...kita postpone dlu idea ni.....
5.4. gelanggang futsal
-sbg peminat bola sepak...membuka gelanggang futsal adalah selari dengan minat...kerana menurut donald trump...perniagaan akan menjadi lebih menguntungkan jika diselarikan dengan minat yang mendalam dalam genre apa perniagaan diceburi...
6.0 Bina sebuah masjid menggantikan masjid yang sudah usang
-ok...yang ni bukan niat kosong...mmg terlintas kalau ada duit banyak...ini lah antaranya...tetapi kita perasan tak...kita lebih byk berkhayal berimaginasi dengan sesuatu yang indah dan menarik tentang kebahagiaan dunia...tanpa memikirkan kebahagiaan di akhirat...nak bini lawo...nk keter besor....nk rumah seleso...nk kemewahan yang super kaya....tp kita tak mau pikir pon tntg kebahagiaan d akhirat...yang di dunia selalu kita dahulu kan...yang untuk kebajikan agama dan anak-anak yatim...selalu kita letak last2...
"Maka tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat nanti untuk dihisab amalan selagi tidak menjawab persoalan tentang ;
1.apa yang dilakukan di usia muda
2.Dari mana sumber rezeki diperoleh
3.Ke mana sumber rezeki itu dihabiskan
4.Tentang umurnya
5.Apa yang diamalkan dalam ilmunya..." (riwwayat Tirmidzi)
Ya!!!...ini hanya lah satu imaginasi melampau tapi tak mustahil kalau itu adalah "kun Fayakun" Allah...jadi...jika ia berlaku kepada anda nanti...apa yang anda akan buat dengan wang yang sebanyak itu....
WALLAHUA'ALAM.....
Mana ada rumah 250k skg. harga simen naik. hahaha
ReplyDeletehemmm...tu lah...tp harga rumah berkait juga dgn harga tapak..kalau tapak mahal..memg xdpt harga tu nak2 pulak area kl dan selangor
Delete