Tuesday, January 14, 2014
Kamu cakap kamu cinta...tapi!!!???
Ramai mana daripada kita mengenali setiap artis yang ada di Malaysia....
ramai mana daripada sangat mengagumi artis dan pemain bola sepak selain tokoh-tokoh politik yang hebat...
ramai mana daripada kita mendengar pakai pendapat tokoh-tokoh ilmuwan berbanding sunnah dan hadis rasullullah wasalam alaih...
ramai mana daripada kita yang selalu menyanyikan lagu-lagu dendangan artis pilihan berbanding berselawat kepada rasulullah dan berzikir membesarkan kehebatan Allah...
ramai mana daripada kita yang lebih rela mengadap TV berbanding berkunjung untuk berjemaah di rumah Allah....
ramai mana yang membeli dan menghimpunkan novel dan komik berbanding cuba untuk memahami satu pon ayat Allah dan hadis baginda...
ramai mana yang berusaha untuk mencari kekayaan di dunia berbanding kekayaan di akhirat...
ramai mana yang sanggup berkorban jutaan ringgit untuk membina mahligai berbanding bersedekah fi sabilillah dan menderma kepada anak yatim...
ramai mana yang meminggirkan sunnah berbanding menghidupkan sunnah....
TETAPI....
Ramai mana yang menghina janggut nabi...
ramai mana yang marah apabila nabi dihina...
ramai mana yang lebih mementingkan semangat kebangsaan...
ramai mana yang hanya mengadap novel lebih dari al-Quran...
ramai mana yang sanggup meneruskan sunnah nabi...
ramai mana yang memandang enteng dengan golongan agama...
ramai mana yang menyisih diet pemakanan rasul...
ramai mana yang tahu tentang biodata rasulullah dan peribadi baginda....
NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
NAMA IBU : Aminah Bt Wahab B Abdul Manaf
NAMA AYAH : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib, Mekkah Al-Munawwarah
TARIKH LAHIR : Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 Masihi
TARIKH KEWAFATAN : Isnin, 12 rabiulawal 11H / 8 Jun 632 Masihi
NAMA ISTERI : 1.Khadijah Bt Khuwalid, 2. Saudah Bt Zam'ah, 3.Aisyah Bt Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar), 4. Hafsah Bt Umar (anak Umar Al-Khattab), 5. Ummi Habibah Bt Abu Sufyan, 6. Hindun Bt Umaiyah, 7. Maimunah Bt Harith, 8. Zainab Bt Jahsy, 9. Safiyah Bt Huyai Bin Akhtab, 10. Zainab Bt Khuzaimah...
WARNA KEGEMARAN : Merah, Hijau dan Putih
MAKANAN KGEMARAN: Bali, Kurma, Buah Tin dan Buah Anggur
NAMA ANAK : 1. Qasim, 2.Abdullah, 3. Ibrahim, 4. Zainab, 5. Ruqaiyah, 6. Ummi Khalthum, 7. fatimah Al-Zahra.....
BENTUK FIZIKAL :
-Digambarkan baginda tak begitu tinggi dan tak begitu rendah, sedang2 saja,rambutnya hitam pekat dan panjang sampai mencecah bahu,tidak begitu lurus dan tidak begitu kerinting,ikal!!...dahi rasulullah lebar dan umar meriwayatkan dahi baginda bersinar bak bulan purnama begitu juga dengan mata baginda,mata baginda hitam berkilat dan bersinar bak purnama mengambang,bulu kening baginda lebat,bulu mata lentik,hidung baginda mancung dan tegap,tiada misai,bibir baginda merah,baginda berkulit cerah merah (putih merah), dada baginda tegap dan sedikit berbulu,baginda tidak buncit tetapi dada dan perut baginda sekata,pada belakang badan baginda ada satu tanda kenabian,cara baginda berjalan seperti orang menuruni bukit,tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju,jika berpaling, baginda akan berpaling dengan badan-badannya...
WALLAHUA'ALAM.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment