Wednesday, January 22, 2014

Kan best kalau.... Ver 2.0

Baki bawa ke depan.......................................................................................RM14,421,600.00

ada yang bagitau kat aku lepas baca yang ver. 1.0 punya..."mana ade rumah nilai 250k dah skrg?" yeke xde....byk lg aku tgk rumah yang bernilai 150k dijual...tgk tempat lah...kalu area KL...agak susah la kn...ape2 pon, ttg rumah memang aku tipikal sikit...

selain itu, nilai yang aku letak adalah secara kasar (plus-minus)...jadi aku ambik lebih skit...kalu kurg...apeadehal...15juta boh dalam akaun!!!!

mmg x realistik lah 15juta...tapi mana kita tau..rezeki ni antara rahsia Allah kepada hambaNya dan memang tertulis...entry ni hanya untuk kita berangan dan bermain dengan fantasi...bukan untuk tujuan lagho...ia juga adalah sinis untuk kepada kita yang selalu menyebut perkataan 'kalau'...hhuhu...perancangan kita dah baik...tapi kita harus tahu perancangan Allah yang Maha Baik untuk hambaNya...

5. Perniagaan
-untuk memastikan duit ini terus bercambah dan bercambah...aku minat jugak nak berniaga...memang rasulullah SAW sangat menyarankan agar ummatnya berniaga kerana 9 dari 10 sumber rezeki adalah berniaga...ia juga melatih kita untuk berlaku jujur, sebaliknya juga ia adalah antara perkara yang menjerumuskan kita ke jalan yang salah apabila kita tak ikut landasan dan panduan yang sebenarnya...

      5.1. Cyber cafe
-baik,berbalik kepada perniagaan...aku sangat mengidamkan sebuah perniagaan peruasahaan Cyber Cafe...dulu, ada jugak kira2 nak buat...dah riki2 tempat untuk ambik komputer...kedai untuk run business aku...aku pon ada lah sikit2 pengetahuan tentang itu...jadi kita buat kira2 sikit lah ye...
RM10,000 (RM1k untuk setiap komputer X 10 unit) + RM5,000 (perabot dan dekorasi kedai) + RM2,500 (khidmat permainan PS2 + LED tv) + RM2,000 (deposit kedai dan api-air) + RM1,000 (sewa daftar kedai dengan Majlis dan cukai hiburan) = RM20,500
RM14,421,600.00 - RM20,500 = RM14,401,100.00

      5.2. Sewa Rumah
-nilai hartanah dan perumahan makin meningkat...jadi idea untuk menyewakan rumah persendirian sangat popular untuk menjana pendapatan...beli rumah semi-D...sewakan kepada sesiapa yang mahu....sekurang2nya...mesti akan ada student...org bujang...mat indon...dan keluarga yang nak menyewa...bulan2 bagi la sewa sekitar RM300 - RM450..tgk keadaan tempt dan rumah...harga rumah dalam RM120,000.00 + RM5,000 (sedikit modifikasi ringkas) = RM125,000
RM14,401,100.00 - RM125,000.00 = RM14,276,100.00

      5.3. printing baju
-minat jugak perniagaan ni...tapi macam leceh dan penat je main dgn baju ni...hemmmm....takpe...kita postpone dlu idea ni.....

      5.4. gelanggang futsal
-sbg peminat bola sepak...membuka gelanggang futsal adalah selari dengan minat...kerana menurut donald trump...perniagaan akan menjadi lebih menguntungkan jika diselarikan dengan minat yang mendalam dalam genre apa perniagaan diceburi...

6.0 Bina sebuah masjid menggantikan masjid yang sudah usang
-ok...yang ni bukan niat kosong...mmg terlintas kalau ada duit banyak...ini lah antaranya...tetapi kita perasan tak...kita lebih byk berkhayal berimaginasi dengan sesuatu yang indah dan menarik tentang kebahagiaan dunia...tanpa memikirkan kebahagiaan di akhirat...nak bini lawo...nk keter besor....nk rumah seleso...nk kemewahan yang super kaya....tp kita tak mau pikir pon tntg kebahagiaan d akhirat...yang di dunia selalu kita dahulu kan...yang untuk kebajikan agama dan anak-anak yatim...selalu kita letak last2...

"Maka tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat nanti untuk dihisab amalan selagi tidak menjawab persoalan tentang ;
1.apa yang dilakukan di usia muda
2.Dari mana sumber rezeki diperoleh
3.Ke mana sumber rezeki itu dihabiskan
4.Tentang umurnya
5.Apa yang diamalkan dalam ilmunya..." (riwwayat Tirmidzi)

Ya!!!...ini hanya lah satu imaginasi melampau tapi tak mustahil kalau itu adalah "kun Fayakun" Allah...jadi...jika ia berlaku kepada anda nanti...apa yang anda akan buat dengan wang yang sebanyak itu....
WALLAHUA'ALAM.....

Thursday, January 16, 2014

Malam Jumaat khas untuk............ehem.....ehem.....

selalu kita kaitkan malam Jumaat adalah untuk mereka yang mendirikan rumah tangga...cliche boh...sesungguhnya kalau kita tau nikmat sebenar malam Jumaat...nescaya kita takkan melepaskannya hanya kepada kenikmatan dunia sahaja...malah ia adalah sebagai ladang untuk ke akhirat...


sabda rasulullah saw..."Barangsiapa yang membaca surah yasin pada malam Jumaat, nescaya akan diampunkan dosa-dosa yang kecil di awal-awal pagi.." (riwayat tha'labi)...baiklah...kita selalu dengar, bida'ah baca yasin malam jumaat...rasulullah saw menyarankan agar perbanyakkan amalan pada malam jumaat...jgn jadikan ia hanya perkara adat dan kebiasaan tanpa tau ape itu kelebihan di sebaliknya...dikhuatiri juga ia akan dijadikan amalan wajib...sebab itu rasulullah saw menyebut nahu nya 'barangsiapa'...
bagi kita...'eleh,ampunkan dosa je...kecik sgt ganjaran...bagi lah balasan syurga ke...bidadari cantik ke...'...amboi,sdp mulut bercakap...untuk mendapat syurga Allah,sgt mahal nilainya...jika kita solat setiap hari tanpa meninggalkan satu waktu pon..belum tentu dapat syurga Allah...ni kan pulak yang tak solat...betapa mahalnya syurga Allah...pengampunan dosa adalah benda yang paling kita mahu di akhirat nanti selain shafaat dari rasulullah saw dan Allah azzawajalla...

sebenarnya setiap malam ada surah yang disarankan untuk dibaca..kalau malam jumaat..amat disarankan membaca surah Al-Kahfi....sebut kata surah YASIN....sebilangan ulama' mengatakan bahawa tiada sesiapa yang mengetahui apa makna Yasin melainkan Allah swt...
Ibnu Abbas berpendapat : Yasin bermaksud ..."wahai insan"....namun, ada khilaf ulama' mengatakan bahawa Yasin adalah salah satu nama daripada nama Nabi Muhammad saw...pendapat ini diskong oleh riwayat daripada saidina Ali KW..."saya mendengar rasulullah saw bersabda bahawa ; " sesungguhnya Allah swt menamakan aku di dalam al-quran dengan tujuh nama ; Muhammad, Ahmad, Toha, Yasin, Al-Muzammil, Al-Muddathir dan badullah" (tafsir al-Nukat wa Al-Uyun)...

Wednesday, January 15, 2014

Kan best kalau.....

Hidup kita selalu mengharapkan 'kalau'....
kalau aku kaya....
kalau aku hensem...
kalau aku tak buat....
kalau lah aku ada tu, ada ni....

jadi, kehidupan ini hanya bersandarkan pada satu kalimah 'kalau' tanpa ada usaha untuk mengecapinya...dengan kata lain...MIMPI!!!
kebiasaannya, manusia selalu bermimpi dan ber'kalau' tentang nak jadi kaya....jom berkhayal dan berangan bersama saya....
Kalau saya ada atau tiba2 dapat hadiah wang tunai bernilai 15 juta ringgit...ape agaknya y sy akan buat???!!!

1. Kereta:
-saya berminat dengan kereta yang selesa tapi bergaya...memandangkan saya belum berkahwin tapi akan mendirikan rumah tangga...semestinya saya nak ada sebuah kereta yang boleh tahan selesa untuk dinaiki isteri,keluarga dan anak2 (bakal)...semestinya pilihan saya, Honda Odessey (betul ke aku eja ni)...warna hitam berkilat dilengkapi rim 18 inci...lowered siap!! fuh!! memandangkan saya minat akan kelajuan tetapi nak kan sedikit keselesaan buat si dia lena tatkala perjalanan jauh dan tidak mengejutkan si dia ketika meter speedo menunjukkan nilai 200km/j...igt kn nak sambar evo7 atau evo9...tp mcm terlalu sporty...bumping...bising dgn byi blow off..so pkai fmly car jelah...takpon caldina..takpon estima...xpn...ahhh...jgn tamak!! HONDA ODESSEY!!! *xtau btul ke x ejaan* jadi dari rm15,000,000.00 - ( rm157,000 + rm4,000 *rim 18 dgn tayar, bli kt klang ) = rm14.839juta lg dlm akaun.....byk tuh!!!

2. Kereta ke 2:
-aku minat main kereta....kereta ke-2 untuk bakal isteri mungkin.......cik tunang minat keter auto...jd beli viva jela...hahahahahaha....dia pon ckp dia mint keter viva...warna hitam...mcm mami aku...tp siap dgn rim 15 tersembol keluar fender+bling2+kena kejar jpj n lowered...hehehe...cermin gelap maharaja sultan....memg fully loaded lah...tp enjin standard 1.0 je...DVVT...hehehe...letak sunroof biar bakal ank kuar kepala bila jln2 keliling taman..taman??...ok berapa wang tu..rm40,000 + rm3,000 (rim tayr, lowered) + rm2,000 (sunroof) + rm500 (cat tebuk sunroof) + rm 1,500 (cermin gelap maharaja raytech) = RM47,000.....
RM14.839 juta - RM47,000 =  RM 14.792 juta!!!  banyak lagi der....


3.Kereta ke 3:
-aku minat main kereta oldskool jugak...hehehe...akan ku dapatkan kereta toyota starlet kambing...buat balik body...tukar enjin 4AGE...rim oldskool...cat body...pah2 buat g TT...hemmmmm...minat sgt aku dgn body keter ni...so, kira-kiranya...RM4,000 (body starlet kosong) + RM 2,000 (buat balik body, sport welding) + RM 2,200 (cat body dgn nuar <member>) + Rm2200 (rim oldskool) + RM 10,000 (enjin dan modifikasi) = RM20,400.....
RM14.792 juta - RM20,400 = RM14,771,600.00!! banyak lagi....


4.Rumah:
-emmmm...y ni tipikal skit...sebab aku xmau rumah besar2....cukup lah sekadar bungalow 3 tingkat mcm Dato' Yusoff Haslam kat ampang tu...hehehe...xlah...cukup skadar rumah yang bernilai RM180,000....tp bukan di area KL...aku suka rumah kayu...tp kayu jati lah....mcm dlm citer BENCINTA....(kalau korg tgk)...tp xdpt kot RM180,000...mungkin lebih...sb nilai kayu kn mahal...ok,apeadehal...ada 14juta kot dlm akaun...up kpd RM250k....siap ada kolam..boleh main selam2 dgn bini n anak2...huhuhuhu...jadi kira2...
RM14.792 juta - RM350,000 (siap furnish and decoration) = RM 14,421,600.00
RM 14,421,600.00 !!!!! 


bersambung boleh...nk solat zuhur jap...bersambung pada ver 2.0...
'Baki di bawa ke depan.....................................................................................RM14,421,600.00

Tuesday, January 14, 2014

ala romantiknya you nih....I Like!!!

apa maksud romantik??? mempunyai kamus yang berbeza mengikut persepsi dan intepretasi yang pelbagai...tapi...adakah dengan hanya memberi kata-kata manis dan memberi bunga cukup menggambarkan seorang lelaki itu romantik....

jika bercakap mengenai kesempurnaan, memang tidak dapat kata tidak kepada junjungan besar rasulullah SAW.......

diriwayatkan, setelah selesai baginda menunaikan solat Isya', baginda nak kuar rumah untuk berjumpa para sahabat, lalu baginda berpesan kepada isteri baginda, "wahai isteriku,aku hendak keluar berjumpa sahabatku,kemungkinan aku lambat, maka tidolah olehmu tanpa aku"..isteri baginda membalas,"tak mengapa wahai rasulullah,aku akan setia menunggumu"...."eh,tak mengapa,aku bimbang terlewat,tidolah dlu"...akhirnya,setelah bergaduh 'manja',baginda pon keluar...setelah sekian lama menunggu, akhirnya isteri rasulullah tadi tertido semasa menunggu baginda pulang....rasulullah pulang ke rumah agak lewat dan baginda pon mengetuk pintu rumahnya dengan perlahan kali pertama...kali kedua....dan kali ketiga...namun, tidak berjawab...rasulullah saw lalu menanggalkan serbannya dan menjadikan serban itu sebagai lapik/alas untuk tido...suasana sejuk tidak dihirau rasulullah hanya kerana tidak mau mengganggu tido isteri baginda....setelah waktu hampir subuh, isteri baginda terjaga dan terlupa bahawa suami tersayang belum pulang...dibuka pintu dan mendapati seorang rasul ulul azmi, sedang tidur di hadapan pintu...terkejut dan terkesima si isteri lalu mengejutkan baginda...lalu si isteri memohon maaf kerana tertidur, namun..."takpelah wahai isteriku, memang salah aku pulang lewat"..."eh tak,salah aku wahai rasulullah,aku terleka akan tanggungjawab ku sebagai isteri untuk menanti kamu pulang"..."eh,tak ape wahai isteriku,salah aku,aku tak mahu mengejutkan tidurmu"....

Ini baru nama ROMANTIK!!!!

WALLAHUA"ALAM.......

Kamu cakap kamu cinta...tapi!!!???


Ramai mana daripada kita mengenali setiap artis yang ada di Malaysia....
ramai mana daripada sangat mengagumi artis dan pemain bola sepak selain tokoh-tokoh politik yang hebat...
ramai mana daripada kita mendengar pakai pendapat tokoh-tokoh ilmuwan berbanding sunnah dan hadis rasullullah wasalam alaih...
ramai mana daripada kita yang selalu menyanyikan lagu-lagu dendangan artis pilihan berbanding berselawat kepada rasulullah dan berzikir membesarkan kehebatan Allah...
ramai mana daripada kita yang lebih rela mengadap TV berbanding berkunjung untuk berjemaah di rumah Allah....
ramai mana yang membeli dan menghimpunkan novel dan komik berbanding cuba untuk memahami satu pon ayat Allah dan hadis baginda...
ramai mana yang berusaha untuk mencari kekayaan di dunia berbanding kekayaan di akhirat...
ramai mana yang sanggup berkorban jutaan ringgit untuk membina mahligai berbanding bersedekah fi sabilillah dan menderma kepada anak yatim...
ramai mana yang meminggirkan sunnah berbanding menghidupkan sunnah....

TETAPI....

Ramai mana yang menghina janggut nabi...
ramai mana yang marah apabila nabi dihina...
ramai mana yang lebih mementingkan semangat kebangsaan...
ramai mana yang hanya mengadap novel lebih dari al-Quran...
ramai mana yang sanggup meneruskan sunnah nabi...
ramai mana yang memandang enteng dengan golongan agama...
ramai mana yang menyisih diet pemakanan rasul...
ramai mana yang tahu tentang biodata rasulullah dan peribadi baginda....

NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
NAMA IBU : Aminah Bt Wahab B Abdul Manaf
NAMA AYAH : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib, Mekkah Al-Munawwarah
TARIKH LAHIR : Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 Masihi
TARIKH KEWAFATAN : Isnin, 12 rabiulawal 11H / 8 Jun 632 Masihi
NAMA ISTERI : 1.Khadijah Bt Khuwalid, 2. Saudah Bt Zam'ah, 3.Aisyah Bt Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar), 4. Hafsah Bt Umar (anak Umar Al-Khattab), 5. Ummi Habibah Bt Abu Sufyan, 6. Hindun Bt Umaiyah, 7. Maimunah Bt Harith, 8. Zainab Bt Jahsy, 9. Safiyah Bt Huyai Bin Akhtab, 10. Zainab Bt Khuzaimah...
WARNA KEGEMARAN : Merah, Hijau dan Putih
MAKANAN KGEMARAN: Bali, Kurma, Buah Tin dan Buah Anggur
NAMA ANAK : 1. Qasim, 2.Abdullah, 3. Ibrahim, 4. Zainab, 5. Ruqaiyah, 6. Ummi Khalthum, 7. fatimah Al-Zahra.....

BENTUK FIZIKAL :
-Digambarkan baginda tak begitu tinggi dan tak begitu rendah, sedang2 saja,rambutnya hitam pekat dan panjang sampai mencecah bahu,tidak begitu lurus dan tidak begitu kerinting,ikal!!...dahi rasulullah lebar dan umar meriwayatkan dahi baginda bersinar bak bulan purnama begitu juga dengan mata baginda,mata baginda hitam berkilat dan bersinar bak purnama mengambang,bulu kening baginda lebat,bulu mata lentik,hidung baginda mancung dan tegap,tiada misai,bibir baginda merah,baginda berkulit cerah merah (putih merah), dada baginda tegap dan sedikit berbulu,baginda tidak buncit tetapi dada dan perut baginda sekata,pada belakang badan baginda ada satu tanda kenabian,cara baginda berjalan seperti orang menuruni bukit,tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju,jika berpaling, baginda akan berpaling dengan badan-badannya...
WALLAHUA'ALAM.....

Pempuan Oh Pempuan ver. 2.0 (best ke jadi pempuan???)

"Sesungguhnya dunia dan isinya adalah perhiasan, maka perhiasan yang paling indah adalah perempuan yang solehah" riwayat Muslim

best ke jadi pempuan.....bukan ke Rasulullah SAW pernah berkata bahawa yang ramai dalam neraka adalah kaum pempuan...jadi...best ke jadi pempuan...
dalam dunia yang penuh dengan fahsya' wa mungkar ni...kita x blh lari dari qadha dan qadar Allah ini...kita bermula dari makhluk@anggota badan yang banyak menjerumuskan kita semua lebih2 lagi perempuan ke neraka jahanam...MULUT!!! pernah diriwayatkan dalam sirah nabi, bahawa ada seorang sahabat ada masalah dengan isteri beliau dan ingin meminta bantuan dan khidmat nasihat dari saidina Umar Al-Khattab...beliau pon kuar rumah dgn keadaan yang marahkan bini beliau...semasa sampai ke rumah saidina Umar RA...beliau melihat dan mendengar sendiri yang Umar dimarahi isterinya. Terkejut dengan keadaan itu, sahabat pon berlalu pergi. Beliau tidak menyangka bahawa Umar yang merupakan seorang tokoh perang dan tokoh Islam juga dimarahi isteri...Pada hari berikutnya, Umar terserempak dengan sahabat yang nak berjumpa dengannya semalam..."wahai sahabat, aku nampak kamu macam nak berjumpa aku, ada hal apa?" sahabat tadi pon menjawab.."ye, memang aku nak jumpa kamu sebab nak mintak pendapat kamu akan tentang isteriku yang suka membebel dan berleter akn kepadaku, tetapi kelihatan kamu juga sedang dimarahi isterimu"...mendengar itu, Umar tersenyum lalu menjawab "wahai sahabat, lelaki dianugerahkan kekuatan anggota badan mengatasi perempuan, namun Allah menganugerahkan perempuan dengan kekuatan anggota mulutnya, jadi aku hanya melayan kerenah isteriku, bukan bermaksud aku takut akan beliau"....

maka, dari sirah ini, bukan menjadi 'lampu hijau' untuk perempuan berleter dan membebel terhadap suami, namun, cukup skadar memnuhi keperluan insaniah tanpa menjadikan ia sebagai alasan untuk menghentam suami dengan kata-kata kesat dan lucah sehingga menjadikan ia dosa dan menderhakai suami...syurga isteri terletak pada keredhaan suami...


kalau kita ke pasaraya...sgt banyak fesyen terkini yang dipamer dan jual di sana...ala2 korea gitu...ala2 jepon gitu...ala2 omputeh gitu...ala2 Lady gaga gitu...."sesungguhnya, di akhir zaman nanti, ramai perempuan yang memakai baju tapi bertelanjang". lalu sahabat bertanya, "apakah maksudmu ya Rasulullah?" jawab baginda.."ramai yang pakai baju, tapi tidak menjaga auratnya dengan sempurna..." emmmm...kadang2 kita terlalu mengikut trend dan adat tanpa mengikut syariat...memg pkai hijab dan niqab ni panas...tapi apalah sgt jika nak dibandingkan dengan ganjaran Allah...kalau kita berpakaian ala2 terkini yang mendedahkan aurat dan bentuk badan kepada orang2 ajnabi...bukankah ibarat kamu memberi badan kamu untuk ditatap oleh mereka..."siapa suruh tengok!!?? kami pakai gini sebab nak ikut fesyen dan trend".....kenyataan ini agak cliche dan selalu kita dgr dr mulut mereka yang menderhaka hukum Allah..."panaslah ustaz, pakai tutup..."kenapa kamu tidak  bertelanjang kalau nak sejuk"..."ala, nanti mcm org giler plak berbogel ustaz.." jadi, betul la apa yang rasul ckp td, pakai baju, tetapi bertelanjang...sebab tak tutup aurat dengan baik...Islam ini syumul...menjaga setiap perinci dan detail dalam setiap ummatnya...tak salah berfesyen...tak salah bersosial...tetapi, jaga kesederhanaan dan syarak nya...agar ia menjadi perhiasan terbaik di dunia dan ganjaran terbaik di akhirat sana...bersambung di ver. 3.0 kelak....WALLAHUA'ALAM...

Tuesday, January 7, 2014

Oh Mama...saya mau kawen.......

Semalam (7 januari 2014)...pegi kuliah maghrib di Masjid Saidina Umar R.A., Mempateh, Pahang...ustaz Sharip, tajuk berkenaan kahwin....antara yang sy terujanya ialah...banyak input y sy dpat harap boleh dikongsi bersama...

tapi...sy xmau ltk byk2...sb kalau kita letak byk pon...tp xdpt amal byk2 pon xpe...asalkan kita istiqamah...kerana sabda rasulullah saw, "kamu nak tau apa amalan yang paling Allah gemari (suka)...ia adalah amalan yang kecil tp istiqamah, besr nilainya di sisi Allah azzawajalla" (tirmidzi)...

antara y saya dgr dan menangkap perhatian saya...adalah:

4 PERKARA YANG ADA PADA DIRI SEORANG RASUL

1. Pemalu
- rasulullah SAW sgt pemalu sehingga dikatakan, malunya rasulullah SAW adalah lebih malu daripada seorang anak dara. Jadi jika seorang lelaki itu pemalu, janganlah dikatakan dia mcm pempoan, kerana ia adalah antara sifat yang ada pada rasul...tetapi malunya seorang rasul dalam melakukan perkara keburukan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syara'...

2. Memakai wangi-wangian
-dalam sebuah kitab karangan apa ntah nama, lupa....ada menerangkan bahawa perhiasan bg seorang lelaki adalah bauan yang harum manakala bagi perempuan adalah tidak berbau tetapi berwarna...maknanya dibolehkan perempuan utk berhias tetapi tidak melampau...jadi, bagi lelaki sgt digalakkan untuk memakai pakaian terbaik dan mengenakan wangian..terutama nak ke masjid..sunnat hukumnya memakai wangian ketika nak ke masjid (bersolat)..makruh pula hukumnya jika masuk ke masjid dengan berbau busuk...jadi..xsalah kalau kita mengenakan wangian asalkan jangan pakai sebotol minyak wangi dan disembur di setiap inci tubuh anda!!! kerana, Allah tidak suka pula perkara yang berlebih2...

3. Bersugi @ Berus Gigi
-rasulullah saw dalam satu hadis ada menerangkan "jika tidak memberatkan ummat aku, nescaya akan aku suruh atau mewajibkan ummatku untuk bersugi setiap kali nak bersolat"...jadi kebersihan mulut sangat dititik beratkan oleh para rasul anbiya' kerana mulut adalah medium perantara antara sesama manusia...bercakap...ketawa...dan senyum...jadi jika mulut bersih dan tidak berbau..tiada masalah untuk kita bersosial...

4. Kahwin..
-"jika kamu mahu mengikuti sebahagian dariku, maka ikutlah setiap daripada sunnahku..antara sunnahku adalah kahwin" (Tirmidzi)...dalam ramai2 rasul dan nabi...semuanya berkahwin...ramai daripada kita beranggapan bahawa 'kalau takdek duit, jangan kahwin!!'...tetapi dalam syariat mengingatkan 'kalau nak kaya or rezeki melimpah,KAHWIN!!!'...tetapi ada sabda nabi juga yang mengkiaskan hal ini...."Lelaki antara kamu, kahwin lah jika mampu dan bagi yang tidak mampu, bertangguhlah dulu, jika kamu tidak berdaya menahan atau mengekang nafsu kamu, adalah baiknya kalau kamu berpuasa!!"....jadi, marilah kita berkahwin...sesungguhnya tidak digalakkan lah bagi kita yang mampu tetapi tidak mahu berkahwin...sesungguhnya untuk entry seterusnya, marilah sama2 kita menyingkap..apa itu hukum2 dalam nikah ini...

WALLAHUA'LAM....TAQOBBALOLLAH MINGKUM.......