"Sesungguhnya dunia dan isinya adalah perhiasan, maka perhiasan yang paling indah adalah perempuan yang solehah" riwayat Muslim
best ke jadi pempuan.....bukan ke Rasulullah SAW pernah berkata bahawa yang ramai dalam neraka adalah kaum pempuan...jadi...best ke jadi pempuan...
dalam dunia yang penuh dengan fahsya' wa mungkar ni...kita x blh lari dari qadha dan qadar Allah ini...kita bermula dari makhluk@anggota badan yang banyak menjerumuskan kita semua lebih2 lagi perempuan ke neraka jahanam...MULUT!!! pernah diriwayatkan dalam sirah nabi, bahawa ada seorang sahabat ada masalah dengan isteri beliau dan ingin meminta bantuan dan khidmat nasihat dari saidina Umar Al-Khattab...beliau pon kuar rumah dgn keadaan yang marahkan bini beliau...semasa sampai ke rumah saidina Umar RA...beliau melihat dan mendengar sendiri yang Umar dimarahi isterinya. Terkejut dengan keadaan itu, sahabat pon berlalu pergi. Beliau tidak menyangka bahawa Umar yang merupakan seorang tokoh perang dan tokoh Islam juga dimarahi isteri...Pada hari berikutnya, Umar terserempak dengan sahabat yang nak berjumpa dengannya semalam..."wahai sahabat, aku nampak kamu macam nak berjumpa aku, ada hal apa?" sahabat tadi pon menjawab.."ye, memang aku nak jumpa kamu sebab nak mintak pendapat kamu akan tentang isteriku yang suka membebel dan berleter akn kepadaku, tetapi kelihatan kamu juga sedang dimarahi isterimu"...mendengar itu, Umar tersenyum lalu menjawab "wahai sahabat, lelaki dianugerahkan kekuatan anggota badan mengatasi perempuan, namun Allah menganugerahkan perempuan dengan kekuatan anggota mulutnya, jadi aku hanya melayan kerenah isteriku, bukan bermaksud aku takut akan beliau"....
maka, dari sirah ini, bukan menjadi 'lampu hijau' untuk perempuan berleter dan membebel terhadap suami, namun, cukup skadar memnuhi keperluan insaniah tanpa menjadikan ia sebagai alasan untuk menghentam suami dengan kata-kata kesat dan lucah sehingga menjadikan ia dosa dan menderhakai suami...syurga isteri terletak pada keredhaan suami...
kalau kita ke pasaraya...sgt banyak fesyen terkini yang dipamer dan jual di sana...ala2 korea gitu...ala2 jepon gitu...ala2 omputeh gitu...ala2 Lady gaga gitu...."sesungguhnya, di akhir zaman nanti, ramai perempuan yang memakai baju tapi bertelanjang". lalu sahabat bertanya, "apakah maksudmu ya Rasulullah?" jawab baginda.."ramai yang pakai baju, tapi tidak menjaga auratnya dengan sempurna..." emmmm...kadang2 kita terlalu mengikut trend dan adat tanpa mengikut syariat...memg pkai hijab dan niqab ni panas...tapi apalah sgt jika nak dibandingkan dengan ganjaran Allah...kalau kita berpakaian ala2 terkini yang mendedahkan aurat dan bentuk badan kepada orang2 ajnabi...bukankah ibarat kamu memberi badan kamu untuk ditatap oleh mereka..."siapa suruh tengok!!?? kami pakai gini sebab nak ikut fesyen dan trend".....kenyataan ini agak cliche dan selalu kita dgr dr mulut mereka yang menderhaka hukum Allah..."panaslah ustaz, pakai tutup..."kenapa kamu tidak bertelanjang kalau nak sejuk"..."ala, nanti mcm org giler plak berbogel ustaz.." jadi, betul la apa yang rasul ckp td, pakai baju, tetapi bertelanjang...sebab tak tutup aurat dengan baik...Islam ini syumul...menjaga setiap perinci dan detail dalam setiap ummatnya...tak salah berfesyen...tak salah bersosial...tetapi, jaga kesederhanaan dan syarak nya...agar ia menjadi perhiasan terbaik di dunia dan ganjaran terbaik di akhirat sana...bersambung di ver. 3.0 kelak....WALLAHUA'ALAM...
No comments:
Post a Comment