Semalam (7 januari 2014)...pegi kuliah maghrib di Masjid Saidina Umar R.A., Mempateh, Pahang...ustaz Sharip, tajuk berkenaan kahwin....antara yang sy terujanya ialah...banyak input y sy dpat harap boleh dikongsi bersama...
tapi...sy xmau ltk byk2...sb kalau kita letak byk pon...tp xdpt amal byk2 pon xpe...asalkan kita istiqamah...kerana sabda rasulullah saw, "kamu nak tau apa amalan yang paling Allah gemari (suka)...ia adalah amalan yang kecil tp istiqamah, besr nilainya di sisi Allah azzawajalla" (tirmidzi)...
antara y saya dgr dan menangkap perhatian saya...adalah:
4 PERKARA YANG ADA PADA DIRI SEORANG RASUL
1. Pemalu
- rasulullah SAW sgt pemalu sehingga dikatakan, malunya rasulullah SAW adalah lebih malu daripada seorang anak dara. Jadi jika seorang lelaki itu pemalu, janganlah dikatakan dia mcm pempoan, kerana ia adalah antara sifat yang ada pada rasul...tetapi malunya seorang rasul dalam melakukan perkara keburukan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syara'...
2. Memakai wangi-wangian
-dalam sebuah kitab karangan apa ntah nama, lupa....ada menerangkan bahawa perhiasan bg seorang lelaki adalah bauan yang harum manakala bagi perempuan adalah tidak berbau tetapi berwarna...maknanya dibolehkan perempuan utk berhias tetapi tidak melampau...jadi, bagi lelaki sgt digalakkan untuk memakai pakaian terbaik dan mengenakan wangian..terutama nak ke masjid..sunnat hukumnya memakai wangian ketika nak ke masjid (bersolat)..makruh pula hukumnya jika masuk ke masjid dengan berbau busuk...jadi..xsalah kalau kita mengenakan wangian asalkan jangan pakai sebotol minyak wangi dan disembur di setiap inci tubuh anda!!! kerana, Allah tidak suka pula perkara yang berlebih2...
3. Bersugi @ Berus Gigi
-rasulullah saw dalam satu hadis ada menerangkan "jika tidak memberatkan ummat aku, nescaya akan aku suruh atau mewajibkan ummatku untuk bersugi setiap kali nak bersolat"...jadi kebersihan mulut sangat dititik beratkan oleh para rasul anbiya' kerana mulut adalah medium perantara antara sesama manusia...bercakap...ketawa...dan senyum...jadi jika mulut bersih dan tidak berbau..tiada masalah untuk kita bersosial...
4. Kahwin..
-"jika kamu mahu mengikuti sebahagian dariku, maka ikutlah setiap daripada sunnahku..antara sunnahku adalah kahwin" (Tirmidzi)...dalam ramai2 rasul dan nabi...semuanya berkahwin...ramai daripada kita beranggapan bahawa 'kalau takdek duit, jangan kahwin!!'...tetapi dalam syariat mengingatkan 'kalau nak kaya or rezeki melimpah,KAHWIN!!!'...tetapi ada sabda nabi juga yang mengkiaskan hal ini...."Lelaki antara kamu, kahwin lah jika mampu dan bagi yang tidak mampu, bertangguhlah dulu, jika kamu tidak berdaya menahan atau mengekang nafsu kamu, adalah baiknya kalau kamu berpuasa!!"....jadi, marilah kita berkahwin...sesungguhnya tidak digalakkan lah bagi kita yang mampu tetapi tidak mahu berkahwin...sesungguhnya untuk entry seterusnya, marilah sama2 kita menyingkap..apa itu hukum2 dalam nikah ini...
WALLAHUA'LAM....TAQOBBALOLLAH MINGKUM.......
No comments:
Post a Comment