Thursday, April 10, 2014

Tazkirah For the Day

Seorang ketua supervisor telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer'. beliau ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan persaraannya tetapi dengan syarat ketua supervisor itu mestilah menyiapkan satu lagi projek rumah.

Ketua supervisor dengan berat hatinya terpaksa bersetuju untuk menyiapkan rumah tersebut.. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, rumah tersebut disiapkan dengan tergesa-gesa tetapi tidak mengikuti spesifikasi dan kualiti sepatutnya.

Setelah rumah tersebut siap, maka terkejutlah KS tadi bahawa bosnya memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah hadiah daripada bosnya sempena persaraan beliau. timbul rasa menyesal dalam hati Ks tersebut kerana tidak bersungguh menyiapkan rumah yang bakal didudukinya nanti dengan sebaik mungkin.

Analoginya....

Sebenarnya...tuan puan, kita sedang membangunkan TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...kita beribadat untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, krana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. sebaliknya kita amat memerlukan Allah. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri....Jika kita membangunnya sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangun dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usahanya...

Allah taala berfirman:

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hambanya"  (Al-Fusshilat, 46)