Tuesday, December 31, 2013

L O N G K A I ! ! ! !

alfatihah kepada arwah anak muridku yg kenal dengan aku...dan aku pon cukup mengenalinya...Mohd Zaki Bin....(xigt)...pulang ke rahmatullah pada hari khamis 26 dis 2013...pada usia 18 thn arwah pulang mengadap Allah...tak rugi kita baca utk arwah y telah pergi krana di atas sana, arwah sdg menanti sedekah y kita rasa kan kecil, tapi besar bg arwah d atas sana...

terlibat dlm kmalangan di Lebuhraya Pantai Timur...sblm tol Karak, Sungai 2...dikatakan oleh sebab ada kerja jahat umat manusia yang sengaja membasahkan jalan tar dengan minyak...agar ada kemalangan berlaku...?????

dah penah aku dengar hal ni...malah kalau tengok filem LONGKAI...dimana geng2 towing membasahkan jalan tar dengan minyak agar ia jd licin, so, kalu licin, ada iksiden, jd kalau ada eksiden, diorg ada job...ada jugk org dalam dunia ni suka tgk org yang eksiden...apa jenis org lah ek...aku cukup pelik...kerana duit...sanggup tgk org eksiden...tgk2 y eksiden tu...mak atau bapak atau anak atau adik atau bini dia....camana agknya muka dia masa tu??? nk salahkan sape ekkk???? aku berdoa agar org zalim bgini diberi blasan setimpal di dunia mahupun akhirat...boleh ke mendoakan keburukan org???? BOLEH!!!! tapi kepada org yang mzalimi org lain....sedangkan dalam HUDUD sendri pon ada Kisos...yakni bunuh balik terhadap pembunuh yang membunuh dengan sengaje nyawa org mukmin...xcaye...rujuk Dr MAZA punya Youtube....

perbuatan ini bukan baru...tp da lma...da rmai y jdi mangsa...samada meragut nyawa atau tidak je y membezakan...persamaannya...JENAYAH...jadi, apa tugas penguatkuasa...samada pihak lebuhraya atau Polis, SPAD, JPJ....daripada duk saman nombor plet yang fancy yang tak membahayakan orang di jalan raya....baik di pantau benda gini...baik Tuan gi siasat kes2 macamni...naik evo putih meronda lebuh raya tapi takkan benda yang meragut nyawa beratus2 orang di lebuhraya dipandang sebelah mata...jangan sampai ada kes evo terbabas di lebuhraya baru nak kalut cari pelaku...maaf ...Wallahua'alam...

Innasolati..Waanusuki..Waamahyaya..Wamamati...

Muslimin muslimat rahimakumullah...
antara perkara yang akan dihitung di akhirat kelak adalah berkenaan solat...solat yang sempurna akan diangkat ke langit adalah dalam bentuk roh solat dan jika sempurna solat maka akan bertanya lah para malaikat, bau apakah itu, maka akan dijawab malaikat yang lain, itu adalah solat si anu bin anu atau si folan binti si folan...

oleh itu, salah satu kesempurnaan solat ialah mencapai khusyuk dalam solat...berikut ialah 6 cara untuk mencapai solat seperti yang di garap oleh imam al-Ghazali dalam ihya' ulumuddin...

1.Fokus (hadirkan hati)-solat adalah salah satu cara pengabdian kita terhadap Allah taala...jika dalam solat kita masih fikirkan tentang dunia..maka roh solat tyidak akan diangkat berbau wangi...mesti selalu berlaku dlm solat kita apabila solat, msa tu lah ingat kat mana letk barang yang hilang..bagaimana untuk fokus??? teruskan bacaan anda...


2. Malu - perasaan malu akan timbul apabila terlalu banyak dosa kita buat, pada zaman fahsya' mungkar kini, cukup banyak maksiat dan fitnah yang ada di sekeliling kita..maka tidak hairanlah ibadat solat memerlukan kusyuk! Fokus dengan solat dengan menghadirkan hati bersama dalam solat dan berasa malu seperti ada orang yang memerhati solat kita...


 3. Cuba fahami bacaan - ini adalah maslaah terbesar..kerana bahasa arab bukan bhasa ibunda kita..jd, sedikit sukar...namun, tidak menjadi maslah, hadirkan hati dalam solat dengan berasa malu untuk fikirkan benda lain dengan mendengar setiap bait-bait bacaan yang dibacakan oleh imam...sebab itu, sunat untuk imam memperindahkan bacaan..jika tak sedap pon..teruskan mengikut dan mendengar sepatah2 ayat yang dibaca...

4. Kehebatan - qursi Allah sgt besar dan maha agung, dengan menghayati dan berasa takut, Insyaallah hati akan hadir selain berasa malu dengan dosa dan balasan akan diterima daripada kesilapan lampau apabila anda memahami ayat yang dibaca...tengok...semuanya mula berkait...



5. Pengagungan - jika kita selalu mengagumi karya lukisan atau lagu yang dicipta manusia...maka sesungguhnya tiada kalimah terbaik selain quran...dan tiada ibadat terbaik selain solat...maka jika iini diyakini...kita akan berasa seronok untuk solat...saya percaya, anda semua banyak mengetahui tentang kehebatan sujud...solat sebelum nabi Muhammad saw adalah tiada rukuk...bagaimana kiblat bertukar...banyak cerita..jadi...kehebatan dan keindahan solat pasti akn terpancar dengan iktikad bahwaa ibadat terbaik adalah solat...

6. Harapan - merendah diri dalam solat dengan menganggap solat kita masih tidak sempurna, akan menjadikan kita akan terus berusaha mempereelokkan solat dari semasa ke semasa...namun, di sebalik kerendahan hati itu, tidak salah agar segala impian dan doa kita akan termakbul oleh kerana perhambaan kita terhadap yang maha Esa....

" Allah bersifat Pemalu dan Pemurah, apabila seorang lelaki mengangkat duua tangan pada Nya, Dia malu untuk kembalikan dengan kosong dan kecewa" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Saturday, December 28, 2013

I Hate You, Mr. Arrogant

Baru2 ni...kecoh kedengaran...mesir dilanda salji sampai ke turkey...maka berduyun2 lah umat Islam serata dunia mula gusar dan bimbang dunia nak kiamat..tak kurang juga yang mengungkap kata taubat...in the positive side..its good...alhamdulillah...

kemudian...kecoh lg apabila kita digemparkan dengan banjir yang melanda pantai timur, yang dikatakan paling buruk melanda negeri berkenaan...maka berduyun2lah post di hantar memohon keampunan Allah...tak kurg juga bertaubat...in the positive side...its good...alhamdulillah...Allah menguji sebab Allah sayang....namun, adakah kita terfikir, ujian ke bala...ke tanda kemurkaan Allah...ke peringatan Allah...dont be to arrogant in this world...Allah tak suka Mr. Arrogant...

Lagi...ikan-ikan mula berlumba dari dasar laut naik ke darat, kerana mengesan pergerakan plat bumi yang mungkin akan menghasilkan tsunami...maka berduyun2 jugaklah manusia mula post mcm2 tentg isu itu, tak kurg juga dikaitkan dengan kiamat dan tsunami besar...

sabda rasulullah saw, "sesungguhnya, orang yang paling cerdik dan pandai di kalangan kamu, ialah org y selalu mengingati mati".....semua orang akan merasai mati cuma bergantung kepada sebab dan takdir saja yang membezakan sesama kita....

rasulullah saw setiap malam bertaubat kepada Allah meskipun baginda sememangnya dijanjikan syurga....kita begitu angkuh sehinggakan tiada masa untuk tunggu seketika setelah selesai solat untuk menadah tangan berdoa...sekurang2nya memohon keampunan Allah...

sehinggakan nak kena ada bala bencana Allah bru kita nk menghampar tikar sejadah, menangis dan mula meneyebut nama Allah...aku teringat akan kisah seorang Dato...beliau tidak pernah solat...sehinggakan, ibu dia tenat dan nazak..tiba2 dia terlintas untuk solat,berdoa agar Allah selamatkan ibunya...namun, Allah lebih sayangkan ibunya...kemudian, dato ni tadi menyalahkan Allah sebab mengambil nyaw ibu kesayangannya...jadi, relevannya di sini...takkan nak berlaku musibah baru kita nak bertaubat...bertaubat dan memohon keampunan bukan sahaja berada di tikar sejadah...masa bawak kereta...masa main bola...masa tunggu bas...bukan perlu menadah tangan...lintasan hati pon cukup kerana Allah berada lebih dekat dengan kita berbanding isi dan kuku...penat ke nak ucap Astaghfirullahhalazim......
Wallahua'lam

Pempuan Oh Pempuan

Rasulullah saw bersabda, " Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah apabila engkau melihatnya akan menggembirakan hati engkau dan apabila menyuruhnya, dia mengikut perintah engkau, apabila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan apabila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan harta benda engkau"  ( Riwayat al-Nasa'i)...

pempuan adalah golongan y sgt senang masuk syurga,...tiada tanggungan terhadap keluarga setelah bernikah...tak perlu cri nafkah (dlm islam lah)...mereka hanya perlu jaga keperluan suami zahir dan batin,jaga kemaluan terhadap suami sahaja, jaga ibadat dan syariat dan jaga akhlak...maka insyaallah terlepas lah beliau dari azab neraka kelak..tp knp ramai pempuan memilih jln susah dengan menderhakai dan berlaku zlim dgn para suami..."sesungguhnya kalau tiada ajaran dalam agama ini (Islam) untuk sujud selain kepada Allah swt, maka aku akan memerintahkan si isteri sujud kepada suami" kata nabi dalam riwayat mana aku lupa...tp sbahagian drpd hadis sahih...bbesarnya hak sorg suami...

"Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan itu yang beragama nescaya kamu akan selamat"  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
perempuan sgt pantang dan sinonim dikaitkan dengan harta...tgk drama dlm cerekarama pon, byk mengisahkan yang mata duitan dan kaki kikis..walaupun sbenarya sama jgk dgn laki...tp pempuan cukup sensitif dgn duit dan kalau blh duit kita duit duit dia, dan duit dia adlah duit dia...tp dlm rumahtangga pon, si suami takleh mintk duit dr si siteri...kerana mereka adalah di bwh tanggungan si suami kecuali...berlakunya sedikit maslahah dan si isteri dengan rela hati memberikan bantuan...then, bru blh guna duit tersebut...pempuan sgt gemar dgn laki y cool dan pandai mengambil hati dgn membeli hadiah atau bwk g jalan2 atau makan d tmpt yg eksklusif dan romantik...

Nasab keterununan Rasulullah SAW iaitu Aminah dan Abdullah adalah dari golongan sepupu yang jauh2...dan dari golongan bangsawan kerana Allah nak jaga nasab keturunan kekasihNya itu...jd sbg ummatnya...pmilihan nasab keturunan bakal isteri juga harus diambil kira...tapiiii...x semesti anak ustaz baik zaman skrg ni...pempuan anak ustaz dengan anak seorang dato kadang-kadang tidak di 'paranoia' kan...kerana pempuan yang berlatar belkg kn kluarga susah lebih senang dijaga berbanding keluarga senang...kerana memiliki jiwa yg kental dan semangat y tinggi...tapi kadang2 terlalu tipikal dan berdikari pon susah...sebab ini akan melahirkan ramai queen control dan menjadikan mereka seorang 'diktator'...asyik2 mereka je y betul.....

Lelaki mane y nk tgk pempuan cantek dan seksi...kalu letak sorg bertudung litup siap berpurdah dengan seorang gadis seksi kacukan asia dan siam rambut panjang mengurai...mesti lah mata lebih tertumpu kepada gadis seksi itu, keranan naluri seorang lelaki gemar melihat yang begitu...huhuhu...jadi soal kecantikan juga harus diambil kira...ia juga satu isu yang sensitif bg perempuan dan subjektif bagi lelaki...bentuk muka, jerawat, rambut lurus, kulit putih, dan wangi....ia menjadi satu kelebihan bagi mereka yang ada pakej...namun, barang harus diingat...semakin kita mengejar kecantikan...semakin hilang keasyikan bercinta...kerana ia semakin bosan..tetapi, kebanyakan wanita hari ini ingin tampil cantik dan bergaya bukan untuk suami semata2...amat sayang sekali, sekujur tubuh dan rambut yang mengurai mjadi tontonan jejaka lain y bukan mahram, apa y tinggal utk suamimu??...ulama ada berkata..'pakaian hari ini yang akan membakar tubuh kamu kelak'...sebab tu, walaupun pempuan mudah untuk mdapat syurga..mereka juga senang u dihumban k neraka Allah..setiap org y mlihat aurat pempuan, dimana pempuan itu sgaja menunjuknya, maka setiap itu lah dosanya ditulis malaikat (perempuan itu tadi)...

oleh itu, tidak dapat kata tidak, soal agama lah yg seharusnya dipilih lelaki untuk menjadi nadi kepada pelayaran sebuah perkahwinan agar bahagia dunia dan akhirat...tapi, bukan ke suami y patut bg ilmu kepada si isteri..BENAR!!! wajib hukumnya u suami menyampaikan ilmu kepada isteri..namun agama di sini adalah, bermaksud, dari segi pakaian y akan mjaga maruah suaminya ketika suami tiada...ada riwayat menceritakan apabila aisyah berkunjung ke makam ayahandanya yang berada di sebelah rumahnya sahaja dimana makamnya bersebelahan dengan lelaki bukan mahramnya, tetapi aisyah masih mengenakan hijab walaupun tidak dilihat oleh sesiapa, maka ditanya aisyah mengapa berbuat demikian, aisyah menjawab, "aku masih malu dengan lelaki yang ditanam di sebelah ayahanda ku"...itulah agama...ada satu kisah y lain, dimana aisyah diminta untuk melihat akan akurnya seorang perempuan terhadap suaminya, ketika suaminya pulang, ditangan kanan ada botol air dan disebelah kirinya ada kayu dan beliau juga menyinsing sedikit kain hingga menampakkan betis,menanti suaminya di pintu rumah...ditanya mengapa berbuat demikian, maka dijawabnya "kalau suamiku dahaga, air aku sediakan, jika nak marah, ada kayu untuk dipukul ku, jika dia menghendaki ku, maka aku bersedia melayaninya"...inilah agama...dapatkah kita menemui wanita atau perempuan sebegini kini?? sukar bukan...huhuhu...
Wallahua'lam

Sunday, December 22, 2013

debu pon tak layak....

dulu,zaman nabi dulu...kalau dengar je nama Allah, maka akan bergemuruh hati orang-orang yang beriman...maksudnya, akan timbul rasa takut dan mendambakan kasih sayang Allah...setiap kali azan, berduyun2 para sahabat dan orang-orang yang beriman, akn tinggalkan urusan dunia hanya untuk menghadap Allah dan berjemaah, setiap kali turunnya syariat baru, akan ditinggalkan syariat atau amalan yang menjadi rutin harian sebagai contoh riba dalam jual beli dan arak...turun sahaja ayat untuk pengharaman arak, bertong-tong tong arak dipecahkan sehinggakan bandar mekah dibanjiri arak...oleh kerana kesilapan saidina umar yang tersalah membaca ayat quran ketika mengimami solat sehingga mengubah maksud ayat tersebut...akhirnya sahabat akur...kenapa?? lu pikirlah sendiri...

sekarang...kita sering mewar-war kan bahawa kita adalah ummat terbaik..."khairu ummah"...ummat Muhammad saw adalah yang terbaik..sampaikan nabi Isa pon nak jadi ummat nabi instead of menjadi rasul...adakah layak kita jadi ummat terbaik?? ayat Quran yang menjelaskan ummat terbaik adalah memang ditujukan kepada ummat Rasulullah saw, tetapi ia adalah ditujukan kepada ummat yang betul-betul mengamalkan sunnah dan menegakkan syariat Allah...ramai daripada kita hari ni tersalah anggap, sedangkan kita ni, menjadi debu pada pakaian sahabat rasulullah saw pon belum tentu layak...apabila azan berkumandang, sejauh mana kah kita akur dengan panggilan itu..sejauh mana kita tau bahawa keramatnya laungan itu berbanding laungan "Malaysia Boleh!!"...bukan nak bandingkan, tetapi kita selalu meperjuangkan semangat kebangsaan berbanding semangat "Lailahaiillallaah"....

"Jika azan berkumandang, adalah menjadi sunnat untuk mengikut apa yang juru azan sebut dan selawat ke atas ku. Allah akan membalas 10 kebaikan atas 1 selawat. Berdoa sesuatu untukku dan dia akan dijamin mendapat doa dariku" (Hadis Riwayat Ahmad)

waktu yang paling afdhal untuk Selawat dan salam:
1. Semasa Azan
2.masuk dan keluar masjid
3.dalam tahyat akhir
4. solat jenazah
5. Solat raya
6. Dalam doa (doa tidak akan berhenti di antara langit)
7. khutbah (doa antara dua khutbah)
8 Ihram

Saturday, December 21, 2013

Orang Yang Pertama Cipta.......

Cikgu:  Baik murid-murid....siapa yang berusaha untuk mencapai kemerdekaan, iaitu orang pertama menjadi perdana menteri Malaysia??

Murid:  TAK TAU CIKGU!!!!

Cikgu:  hish...apelah kamu ni...tu pon tak tau...beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...tu pon tau?? Sebagai rakyat Malaysia yang memperjuangkan agama dan bangsa, kita wajib tahu tentang benda ini, barulah kita ini diiktiraf sebagai orang yang berilmu dan  bukti kita sayangkan tanah air dan agama serta bangsa kita!!!! (dengan penuh semangat)

Murid:  Ooooo

Muhammad:  Tapi cikgu, sape org pertama yang tulis Bissmillah ah cikgu?? (sambil menggaru kepala)

Cikgu:  krik..krik.......krik..krik....(muka terlopong)

1. org pertama menulis Bissmillah : Nabi Sulaiman a.s.
2. org ptama minum zam zam : Nabi Ismail a.s.
3. org ptama berkhatan : Nabi Ibrahim a.s.
4. org ptama diberi pakaian di akhirat : nabi Ibrahim a.s.
5. org ptama dipanggil oleh Allah di akhirat : Nabi Adam as
6. org ptama mengerjakan saie antara safa dan marwah : saidatina Hajar (ibu nabi Ismail)
7. org ptama dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad saw
8. org ptama menjadi khalifah Islam : saidina Abu Bakar as Siddiq
9. org ptama guna kalender islam (Hijrah) : Saidina Umar Al-Khatab
10. org ptama yang syahid dalam kalangan lelaki : Al-Harit bin Abi Halah
11. org ptama syahid daalm kalangan perempuan : Sumayyah Bt Khabbat ra
12. org ptama menulis hadis dalam kitab/lembaran : Abdullah bin Amru bin al-ashr
13. org ptma yg jadi muazzin dan azan : Bilal bin Rabah
14. org ptama yg solat berjemaah dengan rasulullah saw : Ali bin Abi Talib
15. org ptama yg buat mimbar rasulullah saw : Tamim Ad-Dharry
16.org ptama yg mnuklis sirah rasulullah saw : Ibban bin Usman bin Affan
17. org ptama yg beriman dengan rasulullah saw : Khadijah bt Khuwalid
18. org ptama yg mengasaskan usul Fiqh : Imam As-Syafiee
19. org ptama yg membina penjara : Ali bin Abi Thalib
20. org p[tama yg menghafaz al Quran selepas Rasulullah saw : Ali bin Abi Thalib
21. org ptama yg masuk syurga Allah : MUHAMMAD SAW....

wallahua'alam.....................


Mami...adik takut....

Allah sedang menguji kita rakyat Malaysia.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Selawat dan salam ke junjungan besar kekasihmu, Muhammad SAW penghulu ummat,
Ampunkan lah dosa kami ya Allah...
Sesungguhnya, kami ini hambaMu yang banyak berdosa kepadaMu,
seringkali kami menyisihkan segala tuntuan Mu,
kami lalai dalam solat kami,
sedangkan kami sibuk dengan berjudi, rancangan lalai dan maksiat, memfitnah kawan dan jiran kami,
kami lebih gemar mengunjungi pusat karaoke dan menghabiskan masa di tempat lalai daripada mengunjungi rumah Mu ya Allah, di kala ujian melanda, baru kami mahu menadah tangan dan berdoa kepada Mu, hinanya hambaMu ini Ya Allah....ampunkan kami Ya Allah...

Ya Allah Maliqul Quddus,
kami menafikan hak kami sebagai hamba Mu,
kami terlalu sombong berjalan di muka bumi Mu,
tanpa mahu mengenali sifat dan bersyukur pemberian Mu,
Kami alpa dengan pangkat yang sementara,
dengan kenderaan mewah, dengan rumah yang konon seperti mahligai istana, dengan pakaian yang seumpama bertelanjang, namun akhirnya semuanya kalah dengan bencana Mu yang mahu memberi pengajaran yang Maha berguna kepada kami, agar kami kenal Tuhan kami, agar kami kenal Pencipta kami...

Oleh itu, kurangkan lah bencana yang menimpa kami, agar kami dapat kembali bertaubat dengan sebenar2 taubat...semoga taubat hamba Mu yang hina ini diterima ya Allah...
Amiiinn ya Rabbal al Amin...
Taqobbalollahhu mingkum...



Fi Al-Dunia Wa Al-Akhirah....

Aku bukan sahaja sebenarnya ada sifat leka dan lupa dengan nikmat Allah yang diberikan...tetapi aku begitu angkuh tanpa rasa bersalah terhadap Maha Pencipta...setiap kali aku bangun tido, setiap kali solat subuh, sunat membaca doa Iftitah di mana di dalamnya terkandung satu ayat yang bermaksud "sesungguhnya, hidupku dan matiku, hanya keranamu Allah"...ini bukan sahaja satu bentuk doa, tetapi ia adalah satu bentuk 'perjanjian' yang dibuat oleh setiap orang Islam...

Kenapa aku leka?
Aku sentiasa leka dalam mengejar yang dunia sahaja berbanding yang akhirat...aku kadang-kadang leka dengan menghabiskan masa mengadap PISA (Playboy Itu Suami Aku) sedangkan bagi aku cerita itu hanya lah cerita rekaan manusia berbanding dengan syariat Allah swt utk aku mengerjakan solat Maghrib...memg syok tgk citer begitu sebab kita dibuai dan dikhayalkan dengan citer buatan manusia yang romantis dan menusuk kalbu...tp aku leka bagaimana kisah kasih sayang sebenar seorang suami kepada seorang isteri seperti yang ditonjolkan oleh rasulullah saw...adakah aku tau bahawa rasulullah saw pernah mandi dalam satu bejana(kolah) bersama dengan Aisyah?? aku pon tak tau yang rasulullah saw tidak sanggup untuk mengejutkan Aisyah ra ketika baginda pulang lewat pada satu malam, dan mengalaskan tido hnya dengan serbannya...ini bukan sahaja romantik, malah satu bentuk ikon kepada suami-suami...kacak dan bergaya tidak cukup untuk melayari bahtera...kerana ia tidak akan 'bergerak' kalau tiada ilmu...kelekaan aku ditambah lagi dengan kebodohan aku tentang ilmu....