Tuesday, December 31, 2013

Innasolati..Waanusuki..Waamahyaya..Wamamati...

Muslimin muslimat rahimakumullah...
antara perkara yang akan dihitung di akhirat kelak adalah berkenaan solat...solat yang sempurna akan diangkat ke langit adalah dalam bentuk roh solat dan jika sempurna solat maka akan bertanya lah para malaikat, bau apakah itu, maka akan dijawab malaikat yang lain, itu adalah solat si anu bin anu atau si folan binti si folan...

oleh itu, salah satu kesempurnaan solat ialah mencapai khusyuk dalam solat...berikut ialah 6 cara untuk mencapai solat seperti yang di garap oleh imam al-Ghazali dalam ihya' ulumuddin...

1.Fokus (hadirkan hati)-solat adalah salah satu cara pengabdian kita terhadap Allah taala...jika dalam solat kita masih fikirkan tentang dunia..maka roh solat tyidak akan diangkat berbau wangi...mesti selalu berlaku dlm solat kita apabila solat, msa tu lah ingat kat mana letk barang yang hilang..bagaimana untuk fokus??? teruskan bacaan anda...


2. Malu - perasaan malu akan timbul apabila terlalu banyak dosa kita buat, pada zaman fahsya' mungkar kini, cukup banyak maksiat dan fitnah yang ada di sekeliling kita..maka tidak hairanlah ibadat solat memerlukan kusyuk! Fokus dengan solat dengan menghadirkan hati bersama dalam solat dan berasa malu seperti ada orang yang memerhati solat kita...


 3. Cuba fahami bacaan - ini adalah maslaah terbesar..kerana bahasa arab bukan bhasa ibunda kita..jd, sedikit sukar...namun, tidak menjadi maslah, hadirkan hati dalam solat dengan berasa malu untuk fikirkan benda lain dengan mendengar setiap bait-bait bacaan yang dibacakan oleh imam...sebab itu, sunat untuk imam memperindahkan bacaan..jika tak sedap pon..teruskan mengikut dan mendengar sepatah2 ayat yang dibaca...

4. Kehebatan - qursi Allah sgt besar dan maha agung, dengan menghayati dan berasa takut, Insyaallah hati akan hadir selain berasa malu dengan dosa dan balasan akan diterima daripada kesilapan lampau apabila anda memahami ayat yang dibaca...tengok...semuanya mula berkait...



5. Pengagungan - jika kita selalu mengagumi karya lukisan atau lagu yang dicipta manusia...maka sesungguhnya tiada kalimah terbaik selain quran...dan tiada ibadat terbaik selain solat...maka jika iini diyakini...kita akan berasa seronok untuk solat...saya percaya, anda semua banyak mengetahui tentang kehebatan sujud...solat sebelum nabi Muhammad saw adalah tiada rukuk...bagaimana kiblat bertukar...banyak cerita..jadi...kehebatan dan keindahan solat pasti akn terpancar dengan iktikad bahwaa ibadat terbaik adalah solat...

6. Harapan - merendah diri dalam solat dengan menganggap solat kita masih tidak sempurna, akan menjadikan kita akan terus berusaha mempereelokkan solat dari semasa ke semasa...namun, di sebalik kerendahan hati itu, tidak salah agar segala impian dan doa kita akan termakbul oleh kerana perhambaan kita terhadap yang maha Esa....

" Allah bersifat Pemalu dan Pemurah, apabila seorang lelaki mengangkat duua tangan pada Nya, Dia malu untuk kembalikan dengan kosong dan kecewa" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment