Tuesday, January 14, 2014

Kamu cakap kamu cinta...tapi!!!???


Ramai mana daripada kita mengenali setiap artis yang ada di Malaysia....
ramai mana daripada sangat mengagumi artis dan pemain bola sepak selain tokoh-tokoh politik yang hebat...
ramai mana daripada kita mendengar pakai pendapat tokoh-tokoh ilmuwan berbanding sunnah dan hadis rasullullah wasalam alaih...
ramai mana daripada kita yang selalu menyanyikan lagu-lagu dendangan artis pilihan berbanding berselawat kepada rasulullah dan berzikir membesarkan kehebatan Allah...
ramai mana daripada kita yang lebih rela mengadap TV berbanding berkunjung untuk berjemaah di rumah Allah....
ramai mana yang membeli dan menghimpunkan novel dan komik berbanding cuba untuk memahami satu pon ayat Allah dan hadis baginda...
ramai mana yang berusaha untuk mencari kekayaan di dunia berbanding kekayaan di akhirat...
ramai mana yang sanggup berkorban jutaan ringgit untuk membina mahligai berbanding bersedekah fi sabilillah dan menderma kepada anak yatim...
ramai mana yang meminggirkan sunnah berbanding menghidupkan sunnah....

TETAPI....

Ramai mana yang menghina janggut nabi...
ramai mana yang marah apabila nabi dihina...
ramai mana yang lebih mementingkan semangat kebangsaan...
ramai mana yang hanya mengadap novel lebih dari al-Quran...
ramai mana yang sanggup meneruskan sunnah nabi...
ramai mana yang memandang enteng dengan golongan agama...
ramai mana yang menyisih diet pemakanan rasul...
ramai mana yang tahu tentang biodata rasulullah dan peribadi baginda....

NAMA : Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
NAMA IBU : Aminah Bt Wahab B Abdul Manaf
NAMA AYAH : Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib, Mekkah Al-Munawwarah
TARIKH LAHIR : Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 Masihi
TARIKH KEWAFATAN : Isnin, 12 rabiulawal 11H / 8 Jun 632 Masihi
NAMA ISTERI : 1.Khadijah Bt Khuwalid, 2. Saudah Bt Zam'ah, 3.Aisyah Bt Abu Bakar (anak saidina Abu Bakar), 4. Hafsah Bt Umar (anak Umar Al-Khattab), 5. Ummi Habibah Bt Abu Sufyan, 6. Hindun Bt Umaiyah, 7. Maimunah Bt Harith, 8. Zainab Bt Jahsy, 9. Safiyah Bt Huyai Bin Akhtab, 10. Zainab Bt Khuzaimah...
WARNA KEGEMARAN : Merah, Hijau dan Putih
MAKANAN KGEMARAN: Bali, Kurma, Buah Tin dan Buah Anggur
NAMA ANAK : 1. Qasim, 2.Abdullah, 3. Ibrahim, 4. Zainab, 5. Ruqaiyah, 6. Ummi Khalthum, 7. fatimah Al-Zahra.....

BENTUK FIZIKAL :
-Digambarkan baginda tak begitu tinggi dan tak begitu rendah, sedang2 saja,rambutnya hitam pekat dan panjang sampai mencecah bahu,tidak begitu lurus dan tidak begitu kerinting,ikal!!...dahi rasulullah lebar dan umar meriwayatkan dahi baginda bersinar bak bulan purnama begitu juga dengan mata baginda,mata baginda hitam berkilat dan bersinar bak purnama mengambang,bulu kening baginda lebat,bulu mata lentik,hidung baginda mancung dan tegap,tiada misai,bibir baginda merah,baginda berkulit cerah merah (putih merah), dada baginda tegap dan sedikit berbulu,baginda tidak buncit tetapi dada dan perut baginda sekata,pada belakang badan baginda ada satu tanda kenabian,cara baginda berjalan seperti orang menuruni bukit,tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju,jika berpaling, baginda akan berpaling dengan badan-badannya...
WALLAHUA'ALAM.....

Pempuan Oh Pempuan ver. 2.0 (best ke jadi pempuan???)

"Sesungguhnya dunia dan isinya adalah perhiasan, maka perhiasan yang paling indah adalah perempuan yang solehah" riwayat Muslim

best ke jadi pempuan.....bukan ke Rasulullah SAW pernah berkata bahawa yang ramai dalam neraka adalah kaum pempuan...jadi...best ke jadi pempuan...
dalam dunia yang penuh dengan fahsya' wa mungkar ni...kita x blh lari dari qadha dan qadar Allah ini...kita bermula dari makhluk@anggota badan yang banyak menjerumuskan kita semua lebih2 lagi perempuan ke neraka jahanam...MULUT!!! pernah diriwayatkan dalam sirah nabi, bahawa ada seorang sahabat ada masalah dengan isteri beliau dan ingin meminta bantuan dan khidmat nasihat dari saidina Umar Al-Khattab...beliau pon kuar rumah dgn keadaan yang marahkan bini beliau...semasa sampai ke rumah saidina Umar RA...beliau melihat dan mendengar sendiri yang Umar dimarahi isterinya. Terkejut dengan keadaan itu, sahabat pon berlalu pergi. Beliau tidak menyangka bahawa Umar yang merupakan seorang tokoh perang dan tokoh Islam juga dimarahi isteri...Pada hari berikutnya, Umar terserempak dengan sahabat yang nak berjumpa dengannya semalam..."wahai sahabat, aku nampak kamu macam nak berjumpa aku, ada hal apa?" sahabat tadi pon menjawab.."ye, memang aku nak jumpa kamu sebab nak mintak pendapat kamu akan tentang isteriku yang suka membebel dan berleter akn kepadaku, tetapi kelihatan kamu juga sedang dimarahi isterimu"...mendengar itu, Umar tersenyum lalu menjawab "wahai sahabat, lelaki dianugerahkan kekuatan anggota badan mengatasi perempuan, namun Allah menganugerahkan perempuan dengan kekuatan anggota mulutnya, jadi aku hanya melayan kerenah isteriku, bukan bermaksud aku takut akan beliau"....

maka, dari sirah ini, bukan menjadi 'lampu hijau' untuk perempuan berleter dan membebel terhadap suami, namun, cukup skadar memnuhi keperluan insaniah tanpa menjadikan ia sebagai alasan untuk menghentam suami dengan kata-kata kesat dan lucah sehingga menjadikan ia dosa dan menderhakai suami...syurga isteri terletak pada keredhaan suami...


kalau kita ke pasaraya...sgt banyak fesyen terkini yang dipamer dan jual di sana...ala2 korea gitu...ala2 jepon gitu...ala2 omputeh gitu...ala2 Lady gaga gitu...."sesungguhnya, di akhir zaman nanti, ramai perempuan yang memakai baju tapi bertelanjang". lalu sahabat bertanya, "apakah maksudmu ya Rasulullah?" jawab baginda.."ramai yang pakai baju, tapi tidak menjaga auratnya dengan sempurna..." emmmm...kadang2 kita terlalu mengikut trend dan adat tanpa mengikut syariat...memg pkai hijab dan niqab ni panas...tapi apalah sgt jika nak dibandingkan dengan ganjaran Allah...kalau kita berpakaian ala2 terkini yang mendedahkan aurat dan bentuk badan kepada orang2 ajnabi...bukankah ibarat kamu memberi badan kamu untuk ditatap oleh mereka..."siapa suruh tengok!!?? kami pakai gini sebab nak ikut fesyen dan trend".....kenyataan ini agak cliche dan selalu kita dgr dr mulut mereka yang menderhaka hukum Allah..."panaslah ustaz, pakai tutup..."kenapa kamu tidak  bertelanjang kalau nak sejuk"..."ala, nanti mcm org giler plak berbogel ustaz.." jadi, betul la apa yang rasul ckp td, pakai baju, tetapi bertelanjang...sebab tak tutup aurat dengan baik...Islam ini syumul...menjaga setiap perinci dan detail dalam setiap ummatnya...tak salah berfesyen...tak salah bersosial...tetapi, jaga kesederhanaan dan syarak nya...agar ia menjadi perhiasan terbaik di dunia dan ganjaran terbaik di akhirat sana...bersambung di ver. 3.0 kelak....WALLAHUA'ALAM...

Tuesday, January 7, 2014

Oh Mama...saya mau kawen.......

Semalam (7 januari 2014)...pegi kuliah maghrib di Masjid Saidina Umar R.A., Mempateh, Pahang...ustaz Sharip, tajuk berkenaan kahwin....antara yang sy terujanya ialah...banyak input y sy dpat harap boleh dikongsi bersama...

tapi...sy xmau ltk byk2...sb kalau kita letak byk pon...tp xdpt amal byk2 pon xpe...asalkan kita istiqamah...kerana sabda rasulullah saw, "kamu nak tau apa amalan yang paling Allah gemari (suka)...ia adalah amalan yang kecil tp istiqamah, besr nilainya di sisi Allah azzawajalla" (tirmidzi)...

antara y saya dgr dan menangkap perhatian saya...adalah:

4 PERKARA YANG ADA PADA DIRI SEORANG RASUL

1. Pemalu
- rasulullah SAW sgt pemalu sehingga dikatakan, malunya rasulullah SAW adalah lebih malu daripada seorang anak dara. Jadi jika seorang lelaki itu pemalu, janganlah dikatakan dia mcm pempoan, kerana ia adalah antara sifat yang ada pada rasul...tetapi malunya seorang rasul dalam melakukan perkara keburukan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syara'...

2. Memakai wangi-wangian
-dalam sebuah kitab karangan apa ntah nama, lupa....ada menerangkan bahawa perhiasan bg seorang lelaki adalah bauan yang harum manakala bagi perempuan adalah tidak berbau tetapi berwarna...maknanya dibolehkan perempuan utk berhias tetapi tidak melampau...jadi, bagi lelaki sgt digalakkan untuk memakai pakaian terbaik dan mengenakan wangian..terutama nak ke masjid..sunnat hukumnya memakai wangian ketika nak ke masjid (bersolat)..makruh pula hukumnya jika masuk ke masjid dengan berbau busuk...jadi..xsalah kalau kita mengenakan wangian asalkan jangan pakai sebotol minyak wangi dan disembur di setiap inci tubuh anda!!! kerana, Allah tidak suka pula perkara yang berlebih2...

3. Bersugi @ Berus Gigi
-rasulullah saw dalam satu hadis ada menerangkan "jika tidak memberatkan ummat aku, nescaya akan aku suruh atau mewajibkan ummatku untuk bersugi setiap kali nak bersolat"...jadi kebersihan mulut sangat dititik beratkan oleh para rasul anbiya' kerana mulut adalah medium perantara antara sesama manusia...bercakap...ketawa...dan senyum...jadi jika mulut bersih dan tidak berbau..tiada masalah untuk kita bersosial...

4. Kahwin..
-"jika kamu mahu mengikuti sebahagian dariku, maka ikutlah setiap daripada sunnahku..antara sunnahku adalah kahwin" (Tirmidzi)...dalam ramai2 rasul dan nabi...semuanya berkahwin...ramai daripada kita beranggapan bahawa 'kalau takdek duit, jangan kahwin!!'...tetapi dalam syariat mengingatkan 'kalau nak kaya or rezeki melimpah,KAHWIN!!!'...tetapi ada sabda nabi juga yang mengkiaskan hal ini...."Lelaki antara kamu, kahwin lah jika mampu dan bagi yang tidak mampu, bertangguhlah dulu, jika kamu tidak berdaya menahan atau mengekang nafsu kamu, adalah baiknya kalau kamu berpuasa!!"....jadi, marilah kita berkahwin...sesungguhnya tidak digalakkan lah bagi kita yang mampu tetapi tidak mahu berkahwin...sesungguhnya untuk entry seterusnya, marilah sama2 kita menyingkap..apa itu hukum2 dalam nikah ini...

WALLAHUA'LAM....TAQOBBALOLLAH MINGKUM.......