Tuesday, December 31, 2013

L O N G K A I ! ! ! !

alfatihah kepada arwah anak muridku yg kenal dengan aku...dan aku pon cukup mengenalinya...Mohd Zaki Bin....(xigt)...pulang ke rahmatullah pada hari khamis 26 dis 2013...pada usia 18 thn arwah pulang mengadap Allah...tak rugi kita baca utk arwah y telah pergi krana di atas sana, arwah sdg menanti sedekah y kita rasa kan kecil, tapi besar bg arwah d atas sana...

terlibat dlm kmalangan di Lebuhraya Pantai Timur...sblm tol Karak, Sungai 2...dikatakan oleh sebab ada kerja jahat umat manusia yang sengaja membasahkan jalan tar dengan minyak...agar ada kemalangan berlaku...?????

dah penah aku dengar hal ni...malah kalau tengok filem LONGKAI...dimana geng2 towing membasahkan jalan tar dengan minyak agar ia jd licin, so, kalu licin, ada iksiden, jd kalau ada eksiden, diorg ada job...ada jugk org dalam dunia ni suka tgk org yang eksiden...apa jenis org lah ek...aku cukup pelik...kerana duit...sanggup tgk org eksiden...tgk2 y eksiden tu...mak atau bapak atau anak atau adik atau bini dia....camana agknya muka dia masa tu??? nk salahkan sape ekkk???? aku berdoa agar org zalim bgini diberi blasan setimpal di dunia mahupun akhirat...boleh ke mendoakan keburukan org???? BOLEH!!!! tapi kepada org yang mzalimi org lain....sedangkan dalam HUDUD sendri pon ada Kisos...yakni bunuh balik terhadap pembunuh yang membunuh dengan sengaje nyawa org mukmin...xcaye...rujuk Dr MAZA punya Youtube....

perbuatan ini bukan baru...tp da lma...da rmai y jdi mangsa...samada meragut nyawa atau tidak je y membezakan...persamaannya...JENAYAH...jadi, apa tugas penguatkuasa...samada pihak lebuhraya atau Polis, SPAD, JPJ....daripada duk saman nombor plet yang fancy yang tak membahayakan orang di jalan raya....baik di pantau benda gini...baik Tuan gi siasat kes2 macamni...naik evo putih meronda lebuh raya tapi takkan benda yang meragut nyawa beratus2 orang di lebuhraya dipandang sebelah mata...jangan sampai ada kes evo terbabas di lebuhraya baru nak kalut cari pelaku...maaf ...Wallahua'alam...

Innasolati..Waanusuki..Waamahyaya..Wamamati...

Muslimin muslimat rahimakumullah...
antara perkara yang akan dihitung di akhirat kelak adalah berkenaan solat...solat yang sempurna akan diangkat ke langit adalah dalam bentuk roh solat dan jika sempurna solat maka akan bertanya lah para malaikat, bau apakah itu, maka akan dijawab malaikat yang lain, itu adalah solat si anu bin anu atau si folan binti si folan...

oleh itu, salah satu kesempurnaan solat ialah mencapai khusyuk dalam solat...berikut ialah 6 cara untuk mencapai solat seperti yang di garap oleh imam al-Ghazali dalam ihya' ulumuddin...

1.Fokus (hadirkan hati)-solat adalah salah satu cara pengabdian kita terhadap Allah taala...jika dalam solat kita masih fikirkan tentang dunia..maka roh solat tyidak akan diangkat berbau wangi...mesti selalu berlaku dlm solat kita apabila solat, msa tu lah ingat kat mana letk barang yang hilang..bagaimana untuk fokus??? teruskan bacaan anda...


2. Malu - perasaan malu akan timbul apabila terlalu banyak dosa kita buat, pada zaman fahsya' mungkar kini, cukup banyak maksiat dan fitnah yang ada di sekeliling kita..maka tidak hairanlah ibadat solat memerlukan kusyuk! Fokus dengan solat dengan menghadirkan hati bersama dalam solat dan berasa malu seperti ada orang yang memerhati solat kita...


 3. Cuba fahami bacaan - ini adalah maslaah terbesar..kerana bahasa arab bukan bhasa ibunda kita..jd, sedikit sukar...namun, tidak menjadi maslah, hadirkan hati dalam solat dengan berasa malu untuk fikirkan benda lain dengan mendengar setiap bait-bait bacaan yang dibacakan oleh imam...sebab itu, sunat untuk imam memperindahkan bacaan..jika tak sedap pon..teruskan mengikut dan mendengar sepatah2 ayat yang dibaca...

4. Kehebatan - qursi Allah sgt besar dan maha agung, dengan menghayati dan berasa takut, Insyaallah hati akan hadir selain berasa malu dengan dosa dan balasan akan diterima daripada kesilapan lampau apabila anda memahami ayat yang dibaca...tengok...semuanya mula berkait...



5. Pengagungan - jika kita selalu mengagumi karya lukisan atau lagu yang dicipta manusia...maka sesungguhnya tiada kalimah terbaik selain quran...dan tiada ibadat terbaik selain solat...maka jika iini diyakini...kita akan berasa seronok untuk solat...saya percaya, anda semua banyak mengetahui tentang kehebatan sujud...solat sebelum nabi Muhammad saw adalah tiada rukuk...bagaimana kiblat bertukar...banyak cerita..jadi...kehebatan dan keindahan solat pasti akn terpancar dengan iktikad bahwaa ibadat terbaik adalah solat...

6. Harapan - merendah diri dalam solat dengan menganggap solat kita masih tidak sempurna, akan menjadikan kita akan terus berusaha mempereelokkan solat dari semasa ke semasa...namun, di sebalik kerendahan hati itu, tidak salah agar segala impian dan doa kita akan termakbul oleh kerana perhambaan kita terhadap yang maha Esa....

" Allah bersifat Pemalu dan Pemurah, apabila seorang lelaki mengangkat duua tangan pada Nya, Dia malu untuk kembalikan dengan kosong dan kecewa" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Saturday, December 28, 2013

I Hate You, Mr. Arrogant

Baru2 ni...kecoh kedengaran...mesir dilanda salji sampai ke turkey...maka berduyun2 lah umat Islam serata dunia mula gusar dan bimbang dunia nak kiamat..tak kurang juga yang mengungkap kata taubat...in the positive side..its good...alhamdulillah...

kemudian...kecoh lg apabila kita digemparkan dengan banjir yang melanda pantai timur, yang dikatakan paling buruk melanda negeri berkenaan...maka berduyun2lah post di hantar memohon keampunan Allah...tak kurg juga bertaubat...in the positive side...its good...alhamdulillah...Allah menguji sebab Allah sayang....namun, adakah kita terfikir, ujian ke bala...ke tanda kemurkaan Allah...ke peringatan Allah...dont be to arrogant in this world...Allah tak suka Mr. Arrogant...

Lagi...ikan-ikan mula berlumba dari dasar laut naik ke darat, kerana mengesan pergerakan plat bumi yang mungkin akan menghasilkan tsunami...maka berduyun2 jugaklah manusia mula post mcm2 tentg isu itu, tak kurg juga dikaitkan dengan kiamat dan tsunami besar...

sabda rasulullah saw, "sesungguhnya, orang yang paling cerdik dan pandai di kalangan kamu, ialah org y selalu mengingati mati".....semua orang akan merasai mati cuma bergantung kepada sebab dan takdir saja yang membezakan sesama kita....

rasulullah saw setiap malam bertaubat kepada Allah meskipun baginda sememangnya dijanjikan syurga....kita begitu angkuh sehinggakan tiada masa untuk tunggu seketika setelah selesai solat untuk menadah tangan berdoa...sekurang2nya memohon keampunan Allah...

sehinggakan nak kena ada bala bencana Allah bru kita nk menghampar tikar sejadah, menangis dan mula meneyebut nama Allah...aku teringat akan kisah seorang Dato...beliau tidak pernah solat...sehinggakan, ibu dia tenat dan nazak..tiba2 dia terlintas untuk solat,berdoa agar Allah selamatkan ibunya...namun, Allah lebih sayangkan ibunya...kemudian, dato ni tadi menyalahkan Allah sebab mengambil nyaw ibu kesayangannya...jadi, relevannya di sini...takkan nak berlaku musibah baru kita nak bertaubat...bertaubat dan memohon keampunan bukan sahaja berada di tikar sejadah...masa bawak kereta...masa main bola...masa tunggu bas...bukan perlu menadah tangan...lintasan hati pon cukup kerana Allah berada lebih dekat dengan kita berbanding isi dan kuku...penat ke nak ucap Astaghfirullahhalazim......
Wallahua'lam