Thursday, April 10, 2014

Tazkirah For the Day

Seorang ketua supervisor telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer'. beliau ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan persaraannya tetapi dengan syarat ketua supervisor itu mestilah menyiapkan satu lagi projek rumah.

Ketua supervisor dengan berat hatinya terpaksa bersetuju untuk menyiapkan rumah tersebut.. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, rumah tersebut disiapkan dengan tergesa-gesa tetapi tidak mengikuti spesifikasi dan kualiti sepatutnya.

Setelah rumah tersebut siap, maka terkejutlah KS tadi bahawa bosnya memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah hadiah daripada bosnya sempena persaraan beliau. timbul rasa menyesal dalam hati Ks tersebut kerana tidak bersungguh menyiapkan rumah yang bakal didudukinya nanti dengan sebaik mungkin.

Analoginya....

Sebenarnya...tuan puan, kita sedang membangunkan TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...kita beribadat untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, krana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. sebaliknya kita amat memerlukan Allah. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri....Jika kita membangunnya sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangun dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usahanya...

Allah taala berfirman:

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hambanya"  (Al-Fusshilat, 46)

Thursday, March 20, 2014

Aduh!!!!! Sakit giler!!!!! Tensionnya!!!!! $#^$%$%$& betul lah!!!!!!

Banyak kali kita mendengar ungkapan sebegini tatkala manusia dihimpit masalah dan dirundung duka nestapa yang menyebabkan akhirnya terpacul dari mulut anugerah Allah ini....

Kita sangat dan selalu lupa bahawa, betapa besarnya anugerah Allah kepada kita....nikmat yang paling besar menurut para ulamak adalah nikmat kehidupan dan nikmat iman dan islam yang kita kecapi kini....namun, persoalannya, cukup islam kah kita?? sejauh mana tahap keimanan kita?? adakah dengan berjubah, berketayap, bertudung labuh, berserban, bergelar ustaz cukup menggambarkan tahap keislaman dan keimanan kita...ATAU...dengan cukup ilmu di dada menjadikan kita seorang yang sering menghukum dan menyifatkan orang lain adalah jahil dan tidak sempurna seperti kita...atau lebih parah lagi...kita tiada langsung ilmu bekal untuk dibawa mengadap Allah lantas kita mengadili setiap orang tanpa sebarang nas dan dalil yang cukup untuk mengatakan ini tak betul dan itu tak betul....

Apakah kalian mengira bahawa kalian akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kalian (cubaan) sebagaiamana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetalka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sampai berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat (Al-Baqarah, 214)

Tidak kira kamu siapa, berpangkat atau tidak, ustaz atau tidak, alimin atau tidak, selagi kamu bergelar manusia, kita tetap tidak terlepas dari ujian Allah...kadang-kadang kita mendabik dada, di atas kecemerlangan dan kehebatan yang kita peroleh, seorang guru berjaya mendidik anaknya sehingga berjaya, ada guru yang gagal menjadikan keputusan SPM seperti yang diharapkan, jadi akan berlaku satu menifesto tentang siapa hebat dan siapa tidak hebat tanpa mengambil kira haq yang sebenarnya, oleh itu tanpa kita sedari ia meletakkan kita dalam orang yang tidka bersyukur...

Kami akan mengujimu dengan keburukan & kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan (Al-Anbiya', 35)

begitu juga tatkala kita merasakan gaji bulanan semakin susut, kita akan mula resah dan tidak keruan, kerana belanja tidak cukup, keperluan diri, keperluan anak-anak dan keluarga, apatah lagi untuk menderma amat susah kerana bimbang harta akan jadi sedikit....

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalnya? Nabi menjawab: Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya, Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu, memamng akan diwarisi oleh orang lain. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, kita harus sentiasa ingat...

Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada orang-orang yang sabar ( Al-Baqarah, 155)

Saudara saudari, sesungguhnya, Allah menguji dengan pelbagai kerenah manusia, ia adalah sunah atau perjalanan kehidupan, ada ibu yang diuji dengan perangai anaknya, ada suami yang diuji deengan kerenah isterinya,ada anak yang diuji dengan masalah ibu bapa mereka, ada guru yang diuji dengan kenakalan anak-anak muridnya, ada yang gelisah dengan perangai orang lain yang menyakitkan hati,semua ini adalah atas izin Al-Khalik untuk membawa kita kembali kepada-Nya....walau segembira mana pon kita, walau sesedih mana pon kita...ia adalah ujian untuk mencari yang manakah adalah yang paling baik amalannya...

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya terbaik amalnya. (al-Kahfi, 7)


Wednesday, January 22, 2014

Kan best kalau.... Ver 2.0

Baki bawa ke depan.......................................................................................RM14,421,600.00

ada yang bagitau kat aku lepas baca yang ver. 1.0 punya..."mana ade rumah nilai 250k dah skrg?" yeke xde....byk lg aku tgk rumah yang bernilai 150k dijual...tgk tempat lah...kalu area KL...agak susah la kn...ape2 pon, ttg rumah memang aku tipikal sikit...

selain itu, nilai yang aku letak adalah secara kasar (plus-minus)...jadi aku ambik lebih skit...kalu kurg...apeadehal...15juta boh dalam akaun!!!!

mmg x realistik lah 15juta...tapi mana kita tau..rezeki ni antara rahsia Allah kepada hambaNya dan memang tertulis...entry ni hanya untuk kita berangan dan bermain dengan fantasi...bukan untuk tujuan lagho...ia juga adalah sinis untuk kepada kita yang selalu menyebut perkataan 'kalau'...hhuhu...perancangan kita dah baik...tapi kita harus tahu perancangan Allah yang Maha Baik untuk hambaNya...

5. Perniagaan
-untuk memastikan duit ini terus bercambah dan bercambah...aku minat jugak nak berniaga...memang rasulullah SAW sangat menyarankan agar ummatnya berniaga kerana 9 dari 10 sumber rezeki adalah berniaga...ia juga melatih kita untuk berlaku jujur, sebaliknya juga ia adalah antara perkara yang menjerumuskan kita ke jalan yang salah apabila kita tak ikut landasan dan panduan yang sebenarnya...

      5.1. Cyber cafe
-baik,berbalik kepada perniagaan...aku sangat mengidamkan sebuah perniagaan peruasahaan Cyber Cafe...dulu, ada jugak kira2 nak buat...dah riki2 tempat untuk ambik komputer...kedai untuk run business aku...aku pon ada lah sikit2 pengetahuan tentang itu...jadi kita buat kira2 sikit lah ye...
RM10,000 (RM1k untuk setiap komputer X 10 unit) + RM5,000 (perabot dan dekorasi kedai) + RM2,500 (khidmat permainan PS2 + LED tv) + RM2,000 (deposit kedai dan api-air) + RM1,000 (sewa daftar kedai dengan Majlis dan cukai hiburan) = RM20,500
RM14,421,600.00 - RM20,500 = RM14,401,100.00

      5.2. Sewa Rumah
-nilai hartanah dan perumahan makin meningkat...jadi idea untuk menyewakan rumah persendirian sangat popular untuk menjana pendapatan...beli rumah semi-D...sewakan kepada sesiapa yang mahu....sekurang2nya...mesti akan ada student...org bujang...mat indon...dan keluarga yang nak menyewa...bulan2 bagi la sewa sekitar RM300 - RM450..tgk keadaan tempt dan rumah...harga rumah dalam RM120,000.00 + RM5,000 (sedikit modifikasi ringkas) = RM125,000
RM14,401,100.00 - RM125,000.00 = RM14,276,100.00

      5.3. printing baju
-minat jugak perniagaan ni...tapi macam leceh dan penat je main dgn baju ni...hemmmm....takpe...kita postpone dlu idea ni.....

      5.4. gelanggang futsal
-sbg peminat bola sepak...membuka gelanggang futsal adalah selari dengan minat...kerana menurut donald trump...perniagaan akan menjadi lebih menguntungkan jika diselarikan dengan minat yang mendalam dalam genre apa perniagaan diceburi...

6.0 Bina sebuah masjid menggantikan masjid yang sudah usang
-ok...yang ni bukan niat kosong...mmg terlintas kalau ada duit banyak...ini lah antaranya...tetapi kita perasan tak...kita lebih byk berkhayal berimaginasi dengan sesuatu yang indah dan menarik tentang kebahagiaan dunia...tanpa memikirkan kebahagiaan di akhirat...nak bini lawo...nk keter besor....nk rumah seleso...nk kemewahan yang super kaya....tp kita tak mau pikir pon tntg kebahagiaan d akhirat...yang di dunia selalu kita dahulu kan...yang untuk kebajikan agama dan anak-anak yatim...selalu kita letak last2...

"Maka tidak akan berganjak kaki anak Adam di akhirat nanti untuk dihisab amalan selagi tidak menjawab persoalan tentang ;
1.apa yang dilakukan di usia muda
2.Dari mana sumber rezeki diperoleh
3.Ke mana sumber rezeki itu dihabiskan
4.Tentang umurnya
5.Apa yang diamalkan dalam ilmunya..." (riwwayat Tirmidzi)

Ya!!!...ini hanya lah satu imaginasi melampau tapi tak mustahil kalau itu adalah "kun Fayakun" Allah...jadi...jika ia berlaku kepada anda nanti...apa yang anda akan buat dengan wang yang sebanyak itu....
WALLAHUA'ALAM.....