Wednesday, July 2, 2014

Allah VS Hamba....

Kasih sayang Allah kpd hambanya sangat kuat...tak payah nak pegi jauh.,..just kita singkap maksud Bassmallah..."Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"....Pemurah adalah merujuk kepada kasih sayang Allah kepada hambanya seluruh alam dan melibatkan keseluruhan kekuasaannya (rujuk tafsir Ibnu Kathir)...tidak kira lah kamu muslim atau non-muslim...kamu melayu atau kaukasian...kamu kaya atau miskin....kamu lelaki atau perempuan...kamu pemerintah yang zalim atau adil....kamu pejuang atau penentang....semua mendapat naungan kasih sayang Allah dari segi rahmat...maksudnya? kamu walaupun menyembah patung buddha dengan kata lain menyekutukan Allah, masih mendapat rahmat Allah?? YES!! kerana mereka ini masih lagi hidup, kaya raya, mendapat kesenangan, murah rezeki dan sebagainya...ini semua atas rahmat dan pemurah Allah....

"Dan sayangilah manusia sepertimana Allah sayang kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi ini sesugguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat bencana.." (Al-Qashash, 77)

namun, berbeza dgn sifat Rahim (penyayang)...adalah lebih sedikit kepada kecintaan dan kasih sayangNya pada hambanya yang beriman dan bertaqwa...kita yang diberikan nikmat yang tidak terhingga iaitu nikmat yang terbesar adalah nikmat iman dan islam...seharusnya bersyukur...tambahan lagi sebagai umat akhir zaman ummat kepada seorang rasul yang terlebih dahulu namanya wujud sebelum Nabi Adam as...byk kelebihan dan kasih sayang Allah dicurahkan kepada umat kekasih Allah ini...jd jangkauan al-Rahim Allah kini menjadi smakin meluas dan tidak terhingga...byg kn zmn nabi dahulu...ada juga kes rogol, lesbian dan gay, azab Allah trus trun kepada mereka yang ingkar ini...sdg kn kini byk kes sumbang mahram dilaporkan...hampir setiap hari ada yang jelas berlaku disiarkan...itu tak termasuk yang berlaku scara tersembunyi lagi...huhuhuhu...namun, bala Allah tidak seperti zaman para nabi dulu...betapa tingginya rahmat dan al-Rahim Allah ini...menganjurkan manusia pada zaman ini untuk bertaubat sebelum tiba masa perhitungan...ma'rifah Allah adalah sgt diperlukan sehinggakan orang yang mati pon bermohon kepada Allah untuk pulang semula ke dunia untuk melakukan amal soleh kerana mereka telah YAKIN...bahawa Allah itu benar, dan balasan itu benar seperti yang dirakamkan dalam quran....


Thursday, April 10, 2014

Tazkirah For the Day

Seorang ketua supervisor telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dalam sebuah syarikat 'property developer'. beliau ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan persaraannya tetapi dengan syarat ketua supervisor itu mestilah menyiapkan satu lagi projek rumah.

Ketua supervisor dengan berat hatinya terpaksa bersetuju untuk menyiapkan rumah tersebut.. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, rumah tersebut disiapkan dengan tergesa-gesa tetapi tidak mengikuti spesifikasi dan kualiti sepatutnya.

Setelah rumah tersebut siap, maka terkejutlah KS tadi bahawa bosnya memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah hadiah daripada bosnya sempena persaraan beliau. timbul rasa menyesal dalam hati Ks tersebut kerana tidak bersungguh menyiapkan rumah yang bakal didudukinya nanti dengan sebaik mungkin.

Analoginya....

Sebenarnya...tuan puan, kita sedang membangunkan TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...kita beribadat untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, krana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. sebaliknya kita amat memerlukan Allah. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri....Jika kita membangunnya sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangun dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usahanya...

Allah taala berfirman:

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hambanya"  (Al-Fusshilat, 46)